Wednesday, September 30, 2009
Kursus Kemahiran Membina Reka Bentuk Landskap (Zon Timur)
Tempat : Permai Inn, Kuala Terengganu
Bilangan Peserta : 20 orang (Terengganu, Kelantan dan Pahang)
Kursus Kemahiran Membina Reka Bentuk Model Landskap (Zon Utara)
Tempat : Cinta Sayang Golf & Country Resort, Kedah.
Bilangan Peserta : 20 orang (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
Anjuran : Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional, Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Monday, September 28, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Friday, June 19, 2009
TAMAN DAPUR- "Edible Garden"
Reka bentuk taman ini berkonsepkan ‘5 Sense Nature’ yang mana ia merujuk kepada deria semulajadi manusia iaitu lihat, rasa, dengar, hidu dan sentuh. Ia bersesuaian dengan konsep yang dipilih di mana tumbuh-tumbuhan yang ada di taman ini mempunyai pelbagai jenis bauan yang boleh dirasa dan disentuh serta elemen air yang boleh didengar.
Prinsip reka bentuk taman ini menggunakan elemen rekabentuk. Antaranya ialah:
Turutan
Prinsip turutan yang mana tumbuh-tumbuhannya adalah berulang-ulang dalam satu barisan. Prinsip turutan yang digunakan dalam taman ini untuk menunjukkan laluan sempadan kawasan.
Keanekaan
Penggunaan pelbagai jenis elemen yang digunakan dan digabungkan dalam satu komposisi yang har moni dalam taman ini. Banyak ciri yang digunakan dalam taman ini terutamanya pelbagai jenis tum- buh-tumbuhan yang berbeza dari segi saiz, bentuk, warna dan tekstur.
Penumpuan
Penumpuan dalam taman ini adalah pada kolam yang mana ia satu-satunya elemen yang mempun yai ciri-ciri menarik dan menonjol dan berada di tengah-tengah kawasan taman di samping bersebe- lahan dengan pokok delima yang mana ia boleh menarik perhatian.







